Kemahiran insaniah atau soft skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi.

Terdapat tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepimpinan.


Kajian My3S dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar Institusi Universiti Awam (UA).

Aktiviti memuat naik data program, fakulti dan pelajar tahun 1 bagi kemasukan semester 1 2016/2017 ke dalam sistem My3S Fasa 2 akan dilaksanakan bermula daripada 5 Disember 2016 (Khamis) hingga 20 Januari 2017 (Jumaat).

Tempoh pengisian data My3S telah dilanjutkan sehingga
7 Mac 2017


Setiap UA perlu memastikan pengisian soal selidik bagi pelajar tahun 1 adalah 100%

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila e-mel ke fairlani@uniutama-solution.com.my



Hubungi Kami


Kementerian Pendidikan Tinggi
No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia

H: Isnin - Jumaat: 8:00 AM - 5:00 PM

Hak Cipta

Instrumen My3S adalah hak cipta Kementerian Pendidikan Tinggi. Mana-mana pihak tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian instrumen Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini dalam apa jua format sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. My3S adalah dokumen sulit dan terkawal.


Copyright © 2015 Hakcipta Terpelihara. Kementerian Pendidikan Tinggi.