Kemahiran insaniah atau soft skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada para pelajar di Universiti Awam.

Terdapat tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepimpinan.


Kajian My3S dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah kendiri pelajar di Universiti Awam.

Pengisian My3S hanya akan dilaksanakan kepada pelajar sarjana muda WARGANEGARA yang menjalani tempoh pengajian selama 6 semester (3 tahun), 7 semester (3 tahun setengah) dan 8 semester (4 tahun).

Pengisian HANYA melibatkan kumpulan pelajar seperti berikut:

i. Pelajar Semester 5, Kemasukan Sesi 2016/2017 - pengisian pertengahan pengajian
ii. Pelajar Semester 3, Kemasukan Sesi 2017/2018 (hanya pelajar yang menjalani tempoh pengajian selama 3 tahun sahaja) - pengisian pertengahan pengajian dan
iii. Pelajar Semester 1, Kemasukan Sesi 2018/2019 - pengisian awalan pengajian

Aktiviti memuatnaik data program, fakulti dan pelajar terlibat di dalam sistem My3S akan dilaksanakan bermula dari
19 November 2018 (Isnin) sehingga 25 November 2018 (Ahad).

Pengisian item My3S akan dilaksanakan bermula dari
26 November 2018 (Isnin) sehingga 31 Disember 2018 (Isnin).

Pengisian item My3S akan dilanjutkan sehingga
15 Februari 2019 (Jumaat).

Sekiranya terdapat sebarang masalah log-in atau teknikal lain, sila e-mel ke fairlani@uniutama-solution.com.my



Hubungi Kami


Kementerian Pendidikan Malaysia
No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia

H: Isnin - Jumaat: 8:00 AM - 5:00 PM

Hak Cipta

Instrumen My3S adalah hak cipta Kementerian Pendidikan Malaysia. Mana-mana pihak tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian instrumen Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini dalam apa jua format sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. My3S adalah dokumen sulit dan terkawal.


Copyright © 2015 Hakcipta Terpelihara. Kementerian Pendidikan Malaysia.